fbpx
26 Mar

Alahan Makanan : Bila Badan Tak Kenal “Kawan”

“Makcik, nasi goreng ni ada udang kering ke?”

-“Ada. Kenapa?”

“Alaa, saya tak boleh makan udang. Nanti naik gatal-gatal satu badan.”

Untuk kebanyakan orang, makanan adalah satu nikmat. Tetapi tidak bagi yang mempunyai masalah alergi dan alahan. Setiap kali nak makan, kena berjaga-jaga.

Kenapa ya?

Apa masalah dengan makanan tersebut? Bila makan je, badan macam berperang.

Sebenarnya, makanan tercipta selamat untuk manusia. Tetapi, bagaimana sistem badan manusia memberi respon itulah yang memberi kesan.

Ada dua keadaan yang perlu difahami terkait topik ini yang akan dibahaskan lanjut.

  • Food allergy
  • Food intolerance

 

Alergi makanan.

Alergi makanan adalah keadaan sistem pertahanan badan (imuniti) memberi tindakbalas terhadap makanan tertentu. Makanan yang asalnya “selamat” tetapi tiba-tiba dikategorikan sistem imuniti sebagai kuman atau musuh kepada badan. Akibatnya sistem imuniti bertindak balas. Bila begini, berlakulah alergi. Bermula dengan merembeskan agen-agen saraf, sel darah putih diaktifkan dan seolah-olah melancarkan operasi polis dalam badan.

Sebenarnya, sistem pertahanan badan sedang menjalankan fungsinya tatkala mengaktifkan tindak balas “serangan” melalui perembesan agen-agen saraf. Segala bahan asing daripada dunia luaran badan akan dikesan sistem pertahanan badan. Tumbuhan dan haiwan juga dikategorikan sebagai bahan asing . Kebiasaannya, badan dapat mengkategorikan tumbuhan dan haiwan sebagai bahan asing yang selamat. Namun, bagi sesetengah manusia, sistem dalaman badannya menilai sesetengah protein tumbuhan dan haiwan sebagai musuh umpama bakteria atau virus. Kesannya, sel darah putih diaktifkan. Agen saraf seperti histamin dirembeskan. Simptom seperti  cirit-birit, muntah, batuk, bengkak bibir dan kesukaran bernafas berkemungkinan berlaku

Jika tidak dirawat cepat, boleh mengakibatkan kematian.

Mengapa sesetengah sistem badan manusia seolah-olah tidak berfungsi baik sehingga “menyerang” makanan yang sepatutnya bukan musuh kepada badan? Isu ini terkait faktor genetik dan sains masih cuba merungkai hal ini.

 

Food intolerance (penolakan makanan)

“Food intolerance” adalah keadaan berbeza yang berlaku dalam badan manusia jika dibandingkan dengan alergi makanan. Meskipun kedua-duanya dikaitkan tindak balas badan terhadap makanan, kedua-duanya melalui proses berbeza.

Food intolerance tidak berkaitan sistem imuniti badan. Sebaliknya, keadaan ini berlaku apabila seseorang mempunyai masalah dalam proses pencernaan makanan seperti kekurangan enzim-enzim tertentu dalam badan. Misalnya, seseorang yang kekurangan enzim laktosa akan mempunyai masalah mencernakan susu. Akibatnya, susu yang tidak dicernakan sepenuhnya akan memberikan masalah kepada badan mengakibatkan simptom-simptom seperti cirit-birit dan sakit perut.

Kekurangan enzim Diamine Oxidase (DAO) misalnya akan menyebabkan histamin semulajadi daripada makanan tidak diuraikan kepada komponen yang tidak mengaktifkan reseptor-reseptor sel tertentu. Apabila kuantiti histamin semakin bertambah sehingga melimpah dan tidak dapat dibendung badan, simptom seakan-akan alergi makanan akan nampak.

Dalam keadaan alergi makanan, histamin akan banyak dirembeskan mengakibatkan tindak balas cepat oleh sel-sel badan. Tetapi, dalam keadaan histamine intolerance, kuantiti histamin akan bertambah dan bertambah sehingga mencapai satu tahap yang tidak dapat dibendung badan, ketika itu barulah simptom-simptom akan kelihatan.

 

 

 

 

Avatar
Dietitian

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + 10 =

error: Content is protected !!