fbpx
Masalah angin berkait sensitif histamin
Perut Punca Penyakit. Masalah angin dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik

Masalah angin merujuk kepada masalah sensitif dan sakit-sakit seluruh badan berpunca daripada sistem pencernaan. Saya percaya ia adalah berkait dengan dua kondisi iaitu:

    1. Masalah Leaky Gut
    2. Masalah Intoleran Histamin

Masalah angin ini berlaku akibat stres dalaman (radikal bebas) yang tinggi. Stres dalaman ini terhasil daripada pemakanan, persekitaran dan emosi yang toksik. Stres dalaman ini akan mengakibatkan leaky gut. Leaky gut ialah sindrom “kebocoran usus” akibat kerosakan lapisan usus.

Malah masalah leaky gut juga mengakibatkan

  • Leaky skin seperti ekzema dan psoriasis
  • Leaky brain -gangguan mental
  • Leaky blood vessel mengakibatkan keradangan dan penyakit salur darah.

Banyak kajian saintifik terbaru menunjukkan pusat imuniti badan ialah pada sistem pencernaan. Kerosakan sistem pencernaan akan mengaktifkan imuniti secara berlebihan dan mengganggu kestabilannya.Ini meningkatkan risiko:

  1. Alergi dan Alahan
  2. Masalah Gangguan Mental
  3. Masalah Penyerapan Nutrisi
  4. Penyakit Autoimun
  5. Masalah Hormon
  6. Masalah kepenatan kronik
Stres dalaman meningkatkan keradangan dan kestabilan imuniti (hiperaktif). Akibatnya, badan menjadi sensitif dan mudah radang.

Selain daripada itu, kerosakan lapisan sistem pencernaan mengakibatkan peningkatkan bahan kimia saraf histamin.  Ejen saraf ini lah punca badan menjadi lebih sensitif, cepat stres dan mudah radang. Maka lebih tinggi histamin terkumpul dalam badan, badan jadi lebih gatal, lebih mudah bengkak sakit-sakit dan jadi sensitif. Malah emosi juga boleh jadi sensitif.

Histamin merupakan ejen saraf badan yang menyebabkan kulit jadi sensitif, gatal dan radang (bengkak, merah, panas, sakit dan hilang fungsi)

Kesimpulannya, stres dalaman dan persekitaran boleh mengganggu sistem pencernaan. Sistem pencernaan merupakan pusat imuniti dan gangguannya mengakibatkan badan jadi sensitif dan mudah radang.

Kaedah untuk pemulihan masalah sakit kronik ini ialah dengan memulihkan sistem pencernaan yang rosak.  Mengubahsuai gaya hidup kepada asal kejadian(fitrah)  akan mengurangkan bebanan stres dalaman. Insha Allah penyakit angin akan hilang.

error: Content is protected !!