fbpx
19 Apr

Apa Yang Berlaku Ketika Disahkan Kencing Manis?

“Laparlah. Tak bermaya rasa.”

-“Eh, kau bukan baru lepas makan ke?”

“Itulah pasal. Aku tak tahu kenapa masih tak bertenaga ni.”

-“Dah check doktor tak? Aku perasan badan kau makin susut, makin kurus. Sedangkan, makan banyak boleh tahan.”

 

Makan banyak tetapi masih lapar dan rasa tiada tenaga?

Hati-hati. Usahakan untuk buat pemeriksaan doktor. Kerana itu adalah tanda-tanda kencing manis.

 

“Kenapa selepas makan, masih rasa tiada tenaga?”

 

Kencing manis adalah keadaan berlakunya gangguan dalam sistem atur gula dalam darah. Tuhan telah menciptakan keseimbangan dalam badan setiap insan dan mengawal atur kesemuanya sesuai dengan keperluan badan manusia. Namun, apabila berlaku gangguan yang kebanyakannya berpunca daripada cara hidup manusia, sistem itu tidak dapat berfungsi secara optimal.

Bayangkan salur darah dalam badan kita umpama sistem pengangkutan jalan raya. Tugas sistem saluran darah ini adalah  menggerakkan segala keperluan-keperluan badan seperti oksigen, hormon, glukosa dan lain-lain agar sampai ke destinasi sel-sel yang memerlukan.

 

 

Selepas kita menikmati sesuatu juadah, makanan yang telah dicernakan akan memasuki salur darah. Makanan yang mengandungi zat karbohidrat seperti nasi, roti, mee, cucur, bijirin, buah, susu dan lain-lain akan dicernakan menjadi zat tercerna glukosa (gula). Glukosa ini akan dibawa dalam badan melalui salur darah menuju sel-sel yang memerlukan.

Apabila tiba di sel, glukosa memerlukan hormon insulin untuk memasuki sel. Hormon insulin boleh diibaratkan kunci yang membuka pintu-pintu sel, membenarkan glukosa masuk ke dalam sel untuk digunakan. Hanya apabila glukosa memasuki sel, glukosa akan digunakan sebagai tenaga.

 

 

Namun, jika badan kekurangan hormon insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel. Ini mengakibatkan glukosa berlegar-legar di dalam saluran darah manusia.

Ada juga keadaan yang hormon insulin itu mencukupi, tetapi tidak dapat membuka pintu sel. Keadaan ini dinamakan “rintangan insulin” (Insulin resistance).  Ini menyebabkan glukosa tetap berada dalam salur darah. Mereka yang berada dalam keadaan ini lalu membuat ujian darah, akan mendapati bacaan gula dalam darahnya tinggi. Semua ini diakibatkan glukosa yang tidak memasuki sel . Keadaan inilah yang dinamakan kencing manis atau diabetes.

Apa yang akan berlaku jika glukosa (gula) berterusan tinggi dalam saluran darah?

 

Baca selanjutnya https://www.hafizsulaiman.com/kencing-manis-tak-rasa-sakit-tetapi-merosakkan-jasad/

Avatar
Dietitian

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen + 19 =

error: Content is protected !!