fbpx
09 Sep

Bahaya Gluten – Simtom Alah Dan Alergi Gluten

Bagi sesetengah orang yang alah gluten, mereka boleh mendapat reaksi negatif selepas makan gandum. antara simtom alah gandum ialah:

  • Gas dan kembung perut.
  • Loya dan muntah
  • Cirit, sembelit dan najis berlendir busuk.

     Bila kena provoke, me”radang”lah kulit disebabkan gluten
  • Sakit perut dan berbunyi-bunyi.
  • Sakit kepala dan “kabur” tak boleh fokus.
  • Depresi dan gangguan kesihatan mental seperti kerisauan (anxiety).
  • Masalah kulit jadi teruk. Contohnya ekzema jadi meradang selepas makan roti atau biskut gandum.
  • Berat badan turun tanpa sebab.
  • Anemia iaitu sel darah merah tak cukup..sebabkan kita pucat dan cepat mencungap sesak nafas.
  • Sakit sendi dan otot serta kebas-kebas.
  • Masalah autoimuniti jadi teruk.
  • Masalah tiroid terutamanya jenis autoimun tiroid.

 

Gluten di dalam makanan bergandum ini mencetuskan reaksi provokasi kepada badan seterusnya menyebabkan organ badan meradang!

 

ALERGI GLUTEN BOLEH MEMBUNUH

Alergi gandum berbeza dengan alah gluten. Ini kerana pesakit alergi gluten seperti pesakit celiac mempunyai antibodi badan yang menyerang protein di dalam gandum yang dipanggil gluten apabila dimakan. Apabila protein gandum, gluten ini hinggap di usus kerana susah dicerna, ia mencetus provokasi terhadap antibodi badan menyebabkan keradangan di usus.

 

Pesakit alergi gluten seperti pesakit celiac mempunyai simtom yang jauh lebih teruk berbanding alahan gluten. Mereka mungkin muntah dan cirit sehingga dehidrasi, ataupun mengalami renjatan anafilaksis (bengkak seluruh badan, pengsan) yang boleh membawa kematian.

 

KESAN NEGATIF GLUTEN

Pesakit yang sensitif gluten juga boleh mendapat gangguan kepada sistem pencernaan yang menyebabkan

  1.  Usus “Bocor” – Leaky Gut
  2.  Penyakit Sensitif Badan – Alah Histamin (Histamine Intolerance)
  3. Alahan Makanan Lain – Salicylate, Oxalate, FODMAPs, Sulfur& thiol.
  4. Kekurangan nutrisi.
  5. Gangguan Kesihatan Mental disebabkan Otak “Bocor”.
  6. Masalah Autoimuniti – dikaitkan dengan Tiroid, Sjogren, SLE , Psoriasis dll.

 

Sekiranya gluten melepasi organ usus yang “bocor”, berkeliaran dalam darah dan terdampar di kulit. Penyakit

alergi gluten di bahagian kulit ini dipanggil DH (Dermatitis Herpetiformis). Ramai yang salah anggap penyakit ini ialah ekzema kerana rupanya yang seakan sama dengan penyakit kulit ekzema.

Alergi gluten kelihatan seperti ekzema dishidrotik (pompholyx)

Alergi gluten

 

 

SOLUSI RINGKAS : GLUTEN FREE – PANTANG DULU GLUTEN.

Ringkas tapi tak mudah ya bagi yang hari-hari makan roti dan biskut kan. Malangnya, simtom ini tidak akan berhenti jika kita tidak mengambil langkah pemulihan. Langkah pertama dan utama ialah dengan pantang gluten seumur hidup bagi mereka yang alergi gluten seperti pesakit celiac. Bagi yang alah gluten, cukuplah dengan berpantang buat sementara waktu (beberapa bulan bergantung individu). Simtom akan berkurangan dan insha Allah badan kita akan jadi kurang sensitif kepada gluten kemudiannya. Kita boleh ambil dalam kadar sederhana tanpa sebarang reaksi negatif kemudiannya.

 

Tidak salah berpantang sementara waktu kerana makanan gluten ini bukanlah makanan padat nutrisi kebiasaannya. Malah gluten juga merupakan salah satu antinutrien yang mengurangkan penyerapan zat makanan. Semoga dengan pantang gluten, keradangan badan akan berkurangan dan badan boleh menjalani pemulihan kerosakan secara semulajadi tanpa gangguan.

 

Adakah artikel ini bermanfaat kepada anda? Mohon kongsikan di laman FB anda supaya lebih ramai sedar bahaya gluten ini dalam diam merosakkan kesihatan majoriti masyarakat zaman moden ini. Saya juga perlukan sokongan moral tuan-puan untuk terus berkongsi maklumat kesihatan yang luar biasa insha Allah 🙂

 

Mengapa protein gluten ini begitu bahaya kepada manusia di zaman moden ini? Saya akan kupas dalam episod seterusnya:

MENGAPA GANDUM ZAMAN MODEN INI BEGITU BAHAYA?

Hafiz
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × four =

error: Content is protected !!