fbpx
09 Sep

Gula Pasir Ni Bahaya Jika Berlebihan? “Gula Buah” Ini Lagi Bahaya!

Ramai orang tahu bahaya gula pasir dan cuba kurangkannya. Jadi pilihan yang lebih sihat mungkin dengan ambil jus buah, madu dan yogurt buah iaitu gula semulajadi?

Salah faham yang bahaya tu tuan-tuan dan puan-puan.

Sebenarnya gula yang paling banyak dalam makanan proses terutamanya keluaran negara US dan China ialah “gula buah” dalam bentuk  sirap jagung tinggi fruktosa (high fructose corn syrup).

Fruktosa ni sejenis gula ringkas daripada buah. Biasanya diambil daripada hasil pemprosesan jagung.

 

BAHAYA BERLEBIHAN GULA FRUKTOSA

Gula jagung tinggi fruktosa (HFCS) ini merupakan gula sintetik murah yang

baru dicipta pada abad ke-20 ini bagi memenuhi peningkatan permintaan gula yang mahal. Gula HFCS ini merupakan gula yang paling meluas digunakan terutamanya di dalam industri makanan proses.

Antara nama lain gula toksik ini:

Gula jagung HFCS ini banyak disembunyikan di dalam makanan proses dengan pelbagai nama lain seperti:

  • Agave Syrup
  • Maize syrup
  • Glucose/fructose syrup
  • Corn-syrup solids
  • Corn Syrup
  • Corn Sweetener
  • Dahlia syrup
  • Fruit fructose
  • Crystalline fructose
  • Gula Jagung
  • Pekatan Jus Kismis

 

Antara makanan-makanan proses yang tinggi gula HFCS ini:

 

Makanan proses biasanya mengandungi HFCS

1) Air tin dan kotak termasuk jus buah.
2) Cereal.
3) Koktel buah.
4) Gula-gula dan coklat.
5) Yoghurt berperisa.
6) Aiskrim.
7) Roti dan pastri
8) Air peket 3 dalam 1.

 

Haa..sekarang tuan-puan faham ya kenapa air gas itu bahaya? iya benar….bahaya sebenar bukan pada “gas” tetapi

pada kandungan gula yang tinggi di dalamnya..yang mana jenis gulanya ialah gula sirap jagung tinggi gula fruktosa.

Sebenarnya kebanyakan jus buah di pasaran tidak banyak kandungan buahnya tetapi sama tinggi  paras gula fruktosa dengan air gas dalam tin tu. Scary kan?

 

Jadi elakkan amalkan jus buah dengan gula tambahan. Paling bagus ialah makan buah yang tinggi serat yang dapat kurangkan penyerapan gula fruktosa ini dengan cepat ke dalam badan.

 

KESAN GULA FRUKTOSA BERLEBIHAN TIDAK JAUH BEZA BERBANDING KESAN BURUK MINUM ARAK

Gula HFCS ini mempunyai persamaan mengejutkan dengan ARAK.

– Keduanya menyebabkan ketagihan.
– Keduanya meningkatkan risiko obesiti.
– Keduanya perlu diproses di organ hati…tak boleh digunakan terus badan.
– Keduanya juga meningkatkan asid urik yang menyebabkan gout
– Keduanya cenderung menyebabkan penyakit hati berlemak dan merosakkan hati.
– Keduanya juga meningkatkan trigliserida dan kolesterol lemak jahat VLDL.
– Keduanya menyebabkan masalah metabolik, hormon dan penyakit jantung.
– Keduanya menyebabkan peningkatan stres radikal bebas yang menyebabkan keradangan dan kerosakan.
– Keduanya juga meningkatkan produk glikasi (AGEs) yang merosakkan organ dan menyebabkan penuaan.
– Pengambilan berlebihan juga dikaitkan dengan perkembangan pesat sel kanser pancreas mengikut kajian.

 

Maka tidak hairan jika Professor Dr Robert H. Lustig, seorang pakar endokrinologi kanak-kanak dan juga pakar obesiti merujuk gula buah ini sebagai

“ALCOHOL WITHOUT THE BUZZ”….Arak yang tidak memabukkan.

 

Sebelum munculnya gula fruktosa jenis HFCS ini, pengambilan gula dalam pemakanan hanya 15gram sehari berbanding 73gram pengambilannya di zaman moden ini. Mengapa pengambilan gula fruktosa amat tinggi di zaman moden ini ya? 

Gula fruktosa ini tidak bersalah sebenarnya malah boleh jadi sihat jika diambil secara sederhana. Masalah utamanya ialah majoriti kita mengambil gula ini dengan banyaknya sedar atau tidak. Masih ramai yang tidak sedar betapa bahayanya gula ini. Malah tak kurang juga yang rasa gula buah ini lebih sihat, maka bagus lah makan banyak-banyak? Jika masih rasa sebegini, ulang lagi baca secara perlahan-lahan hehe 🙂

 

Kesimpulannya, elakkan manis dalam pemakanan, banyakkan manis dalam senyuman. Insha Allah kesihatan akan menjadi lebih baik.

Hafiz
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 17 =

error: Content is protected !!