fbpx
28 Mar

Berpantang Gandum? Perlu Ke…

Petang-petang di sesetengah jalan, aroma snek petang seakan memanggil-manggil. Ada cucur udang, cucur pisang dan segala jenis makanan bergoreng yang disajikan. Makanan berasaskan tepung gandum sudah menjadi ruji bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Pagi-pagi,kalau dah tiada idea nak masak apa, bancuh sahaja tepung gandum. Jadikan cucur kosong. Menu mudah sedap pula tu.

Pernah terdengar tak tentang gluten? Pernah dinasihati untuk berpantang gandum?

Pelik ya.

Gandum pun kena pantang?

***

Dalam gandum, komponen proteinnya adalah gluten. Protein ini rupa-rupanya mencetuskan sensitiviti bagi sesetengah individu. Ada individu yang alergik terhadap sumber protein ini. Akibatnya, setiap kali memakan makanan bersumberkan gandum (roti, tepung, pasta, kek, kuih dan lain-lain), sistem imuniti akan bertindak balas. Bila sistem imuniti diaktifkan dengan kehadiran gluten, sel-sel sekitarnya akan rosak akibat “serangan” sel darah putih.

 

 

Apabila sistem imuniti diaktifkan di saluran pemakanan, saluran pemakanan akan rosak. Justeru, bagi mereka yang memiliki badan sensitif, berpantang gandum adalah salah satu nasihat penting dalam usaha memulihkan perut dan usus .

Avatar
Dietitian

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen − 18 =

error: Content is protected !!