fbpx
18 Mar

GERD : Berpunca Kelebihan Bakteria Di Usus?

Bila jiran tingkat bawah (usus besar) nak menumpang rumah atas (usus kecil), Tuan badan yang ada isu REFLUKS nak izinkan masuk ke tak?

 

__________________________________________

“Tak boleh tidur!”

Tak lena tidur meskipun jam sudah 4 pagi. Pedih ulu hati sangat mengganggu. Semua kerja jadi tak kena. Badan sentiasa rasa tak selesa. Sakit pun boleh tahan juga.

Pelik ya.

Kenapa “tiba-tiba” muncul masalah GERD yang berpanjangan ni? “Pintu” keluar masuk di perut dah rosak ke? Seakan-akan ada yang sentiasa menolak isi perut naik ke bahagian atas.

“Perut, awak ok tak?”

Rupa-rupanya perut menerima kunjungan tak diundang dari jiran-jiran di tingkat bawah. Namanya bakteria. Rumah asal mereka tingkat bawah, bahagian usus. Bila bakteria ni hadir, mereka bawa sekali kerjaya mereka sebagai si pencerna karbohidrat. Baguslah bakteria ni. Membantu badan kita mencernakan karbohidrat. Guna kaedah penapaian. Lagi banyak karbohidrat yang tak sempat dicernakan enzim badan, lagi banyak bakteria ini buat kerja.

Tetapi, ada satu isu.

Bila bakteria yang ambil alih tugas enzim, akan banyak gas terhasil. Gas yang terkumpul ini memberikan tekanan yang tinggi di dalam perut sehinggakan cukup kuat menolak isi perut ke bahagian atas. Sebab itulah, selagi mana tak selesai isu “pendatang tanpa izin” di perut ini, agak sulit pesakit GERD nak pulih.

Eh,sebelum tu, kenapa bakteria-bakteria ni nak berkunjung ke perut? Dah tak suka mendiami usus ke?

Sebenarnya banyak perubahan boleh berlaku dalam persekitaran usus seorang. Ini semua  terkait faktor gaya hidup. Gaya hidup yang banyak makan gula dan kanji, memang mengundang ketidakseimbangan bakteria (bakteria baik dna bakteria jahat) dalam usus.

Justeru, perhatikan apa yang anda makan.

Avatar
Dietitian

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 + two =

error: Content is protected !!