fbpx
08 Sep

5 Jenis Ikan Pantang Bagi Penderita GERD Dan Ekzema

Betulkah perlu pantang sesetengah jenis makanan contohnya ikan selepas bersalin?

Ikan merupakan makanan berkhasiat yang merupakan menu utama dalam santapan harian masyarakat Malaysia. Namun begitu, sesetengah jenis ikan  ditegah amalannya buat sementara waktu terutamanya bagi ibu berpantang selepas bersalin.

Ikan-ikan ini mungkin menyebabkan simtom penyakit-penyakit di bawah ini menjadi lebih teruk terutamanya selepas bersalin atau jika kita mempunyai alahan atau perut yang sensitif.

Makanan tinggi histamin boleh mencetus kegatalan ekzema pada mereka yang sensitif dan alah.

MASALAH BADAN SENSITIF

1) Ekzema : Ruam dan kegatalan menjadi lebih teruk.
2) Alahan atopi seperti asma dan resdung
3) Migrain atau sakit kepala : Sakit kepala mungkin tercetus.
4) Sakit seperti senggugut jadi lebih teruk.

5) GERD : Jika ada radang gastrik, ia boleh jadi lebih teruk. Simtom yang biasa berlaku selepas makan ikan ini ialah sakit perut, kembung, berdebar dan sesak nafas. Emosi dan mental. juga boleh jadi terganggu menyebabkan stres, meroyan, fikir bukan-bukan, risau dan pelupa.

Bagaimana simtom boleh jadi lebih teruk? Ikan ini mengandungi kandungan amino asid histidin yang berpotensi ditukarkan kepada bahan kimia saraf iaitu histamin oleh kuman yang hinggap di makanan ini. Maka makanan tinggi histamin ini berpotensi menyebabkan sensitif dan keradangan bagi  yang alah.

 

Berikut merupakan ikan yang tinggi paras amino asid histidin:

 

IKAN TINGGI PARAS HISTAMIN PENYEBAB SENSITIF

(1) Ikan Kembung

(2) Ikan Tongkol

​(3) Ikan Cencaru

(4) Ikan Bawal (Hitam/Emas)

(5) Ikan Pari

 

INFO MAKANAN TINGGI HISTAMIN

  • Makanan ini menyebabkan badan semakin sensitif dan mungkin mencetus alahan dan keradangan.
  • Makanan histamin dihasilkan apabila kuman makanan itu menukarkan asid amino histidin  ( daripada makanan protein) kepada histamin.
  • Kesegaran makanan sangat penting –Semakin lama makanan dibiarkan, semakin banyak kuman yang menukarkan protein makanan itu kepada histamin. Maka semakin tinggi risiko reaksi alahan terhadap makanan.
  • Contohnya : Makanan laut bercengkerang seperti udang dan ketam tinggi histamin. Tetapi makanan laut ini yang tidak fresh jauh lebih tinggi histamin. Udang kering yang lebih tinggi histamin misalnya lebih berisiko alah berbanding udang segar.

 

Makanan laut bercengkerang ialah makanan yang tinggi kandungan histamin, bahan penyebab badan jadi sensitif dan mudah radang.

 

​ PENCEGAHAN ALAH DAN PEMULIHAN

  • Bagi penderita penyakit sensitif histamin ini, mereka mempunyai kadar histamin di dalam badan yang tidak seimbang – terlalu tinggi.
  • Maka makanan tinggi histamin ini sebaiknya dielakkan untuk mengelakkan tercetusnya keradangan seperti ekzema atau simtom “angin” bagi penderita GERD.
  • Mengelakkan pencetus keradangan dan kegatalan ini juga mencepatkan pemulihan. Badan akan mula membaik pulih jika tiada stres berlebihan.
  • Pulihkan penawar histamin semulajadi badan yang rosak akibat kerosakan sistem pencernaan, kerana pemakanan yang tidak sihat.

 

PENAWAR HISTAMIN IALAH ENZIM DAO

  • Secara teorinya, pemulihan lapisan sistem pencernaan mengembalikan enzim DAO yang mampu mengurangkan sensitif badan.
  • Enzim DAO merupakan penawar histamin semulajadi yang banyak terletak di salur pencernaan.

Histamin diuraikan oleh enzim DAO menjadi bahan tidak aktif.

 

Enzim DAO merupakan pengurai histamin yang banyak terletak di lapisan salur pencernaan.

 

  • Apabila enzim ini pulih, insha Allah makanan tinggi histamin seperti ikan-ikan “gatal” ini tidak lagi menyebabkan keradangan dan alah.
  • Maka, pulihkan usus demi pemulihan alahan histamin ini!
  • Jadi ibu yang baru lepas bersalin, berpantang dulu ikan-ikan yang tinggi histamin ini, pulihkan kesihatan perut dan usus. Kemudian insha Allah badan yang sensitif dan alah akan mula pulih.

 

Info Ekzema dan Kaedah Pemulihan Masalah alah dan Sensitif? —> MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Hafiz
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik.

    Comments

  1. Avatar
    October 1, 2018

    Assalamualaikum Dr..
    sy azlinda sblm ni sy suka makan ramen… skrg perut sy rasa terbakar bila makan ramen… 2hr lepas sy buat check up darah sy disahkn pesakit kencing manis.. sy buat lemon, apple cider , halia, bwg putih dan madu lebah selepas sy minum ramuan ni perut sy panas sy rasa nak muntah air liur berkumpul… kenapa ye doktor… apa yg sy perlu lakukan sbb sy takut kencing manis sy tu akan tinggi..

    Reply
    • Hafiz
      Hafiz
      January 13, 2019

      Campuran makanan puan buat tu boleh streskan lagi sistem penernaan yang lemah. Saya syorkan puan join group FB Ekzema dan alahan. Nanti akan ada yang bantu insha Allah

      Reply
  2. Hafiz
    Hafiz
    October 7, 2018

    Saya syorkan puan buat temujanji untuk coaching ringkas dan hubungi 0162044173 cik aimi. Kemungkinan puan alah bahan-bahan yang kuat itu. Selain itu, puan juga perlu tahu pemakanan yang sesuai untuk kondisi puan.

    Reply
  3. Avatar
    Amran
    December 3, 2018

    Kenapa kalau saya minum teh ais susu dan pelbagai makanan yg lazat2, lepastu leher atau tengkuk saya tegang…otak mcm lebih aktif..Adakah ia sebab gastrik atau Gerd?atau sebab histamin atau ada sebab lain?

    Reply
    • Hafiz
      Hafiz
      January 13, 2019

      Minuman bergula tinggi boleh meningkatkan keradangan. Bila ada masalah usus, adalah biasa bagi penderita masalah sistem pencernaan mengalami simtom yang tuan sebutkan. Perut bermasalah memang berkait histamin biasanya. Gastrik GERD juga berkait histamin.

      Reply

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × three =

error: Content is protected !!