fbpx
27 Sep

Kenapa Tak Bagus Makan Nasi Lemak Dan Roti Canai Malam-Malam?

Pernah tak korang bangun pagi-pagi rasa camni….

  • Kepala bengang
  • Mata sembab sikit…eye bag timbul.
  • Perut rasa tak selesa..macam nak radang gastrik.
  • Kembung pun mungkin ada.
  • Stres semacam..takde motivasi..
  • Macam-macam fikir tak henti-henti.
  • Berdebar-debar dan tak keruan.

Kali ni saya nak cerita masalah lebih biasa saya perhatikan sebagai seorang yang praktis dan coach bidang alahan pemakanan dan alergi. Simtom di atas tu adalah mungkin juga sebab kita makan nasi lemak atau roti canai waktu malam!

 

Okay, bukan dua makanan tu sajalah. Sebenarnya apa-apa sahaja makanan tinggi karbohidrat jika dimakan banyak pada waktu malam boleh mencetus reaksi-reaksi negatif di awal pagi bagi sesetengah orang.  Sesetengah orang yang macam mana? Mereka yang menderita masalah pencernaan kanji @ carbohydrate malabsorption.

 

 

Jika kita punyai sistem pencernaan yang lemah dan rosak, enzim pencernaan termasuk enzim  yang mencerna kanji jadi berkurangan. Bila berkurangan, kanji susah dicerna menyebabkan kebanyakan makanan kanji tak diserap usus menjadi makanan kuman usus. Kuman usus akan membiak dengan pesatnya dan menghasilkan gas!

Kuman hasilkan gas? Mesti lah..dia tapaikan kanji tu..macam tapai yang kita makan tu kan banyak gass.. Makanan basi pun banyak hasilkan gas sebab kuman banyak kan.

Kesan berlebihan gas usus.

Peningkatan gas ini akan menyebabkan penyakit kembung @ SIBO :Risiko refluks : Tekanan gas kuman di usus kecil akan menolak makanan keluar ikut atas melalui perut, injap esofagus dan keluar sebagai angin sendawa, air liur berbuih masam (asid perut) atau muntah.Perut akan jadi hiperaktif dan sensitif sebab gas dipam-pam kuat. Boleh jadi sakit perut dan bunyi perut kuat juga. Kita mungkin cirit waktu pagi sebab perut sangat aktif, tak sempat serap makanan dan air. Terus buang.Bila asid perut naik, ia mengkakis perut kita yang dah rosak dan lemah.Lama-kelamaan, perut yang rosak akan mengurangkan penyerapan zat. Kita boleh kurang berat badan dengan mendadak.Selain itu bila kembung, asid naik, perut sakit, badan sudah tentu sangat stres..stres akan sebabkan kita jadi craving..lapar dan sangap rasa nak makan sangat-sangat terutama manis-manis.Bila stres, keradangan badan akan meningkat. Keradangan akan sebabkan sakit-sakit badan kita jadi lebih teruk waktu tengah malam atau awal pagi.

Stres dan keradangan meningkatkan histamin:

  • Mata mungkin jadi bengkak. Merah dan gatal-gatal.
  • Resdung jadi makin teruk. Ekzema jadi makin merah dan gatal.
  • Refluks jadi teruk. Emosi jadi sensitif. Cepat marah dan “emo” pagi-pagi. Stres, risau-risau.
  • Berdebar-debar dan nafas pendek atau tercekik boleh jadi simtom sensitif histamin juga.
  • Otak pun boleh bengkak juga. Sakit kepala macam migrain. Tak boleh fokus dan kaburr..brain fog omputeh kata.

Dahsyat kan. Perlu diingati bukan semua orang alami masalah ini. Mereka yang ada masalah sistem pencernaan atau tinggi stres (gangguan kortisol dan HPA) biasanya menderita masalah ini.

Baik jadi apa langkah-langkah boleh kita ambil untuk mengatasi masalah ini?

SOLUSI MASALAH STRES DI WAKTU PAGI

1) Kurangkan makan karbohidrat terutama “kanji degil” waktu malam.

Kenapa lah kanji ni degil sangat ye..kanji degil ni orang tua-tua kata makanan “angin” adalah kerana ciri-ciri sudah dihadam maka menjadi makanan kuman usus .  Contohnya seperti keledek, nangka, cempedak, kekacang.

Perlu diketahui umum nama lain kanji degil ialah prebiotik. Sebab tu saya tak galakkan ambil prebiotik seperti FOS dan GOS pada waktu malam.

Nasi putih tak degil sangat..tapi bila campur “minyak atau lemak” dia jadi degil sikit. Sebab tu nasi lemak tak digalakkan waktu malam. Begitu juga roti canai dan kari/dal bagi yang bermasalah dan sensitif ni.

2) Tingkatkan Enzim Pencernaan.

Kunyah betul-betul sangat-sangat penting. Menariknya kajian menunjukkan mereka yang mempunyai masalah “eating disorder” seperti obesiti didapati kurang mengunyah. Jenis suap telan..suap telan.

Bila kita kunyah makanan, enzim air liur dan usus yang mencernakan kanji akan keluar. Kaedah lain ialah kita mengambil buah seperti pisang atau nanas untuk tingkatkan enzim pencernaan jika kita tiada alahan buah ni.

Kaedah terakhir  ialah kita boleh suplemen dengan enzim pencernaan yang ada di pasaran.

3) Makan Malam Awal Atau “Puasa Malam”.

Kenapa bila makan nasi lemak atau roti waktu pagi tiada masalah? Ini adalah kerana pencernaan makanan pada waktu malam adalah perlahan.

Jadi adalah digalakkan makan awal selewatnya di waktu petang. Elakkan “supper”, “moreh” atau snacking insha Allah bila dah biasa, kita takkan rasa lapar.

Malah jika  biasa makan malam ni  stres jadi tinggi dan naikkan hormon “craving” iaitu ghrelin. Hormon ghrelin menyebabkan kita jadi sangap cari makan tengah-tengah malam. Jadi pada saya, jika nak sihat, makan awal malam kerana ia bagus untuk pencernaan dan juga pemulihan badan.

4) Baiki Perut

  • Kerapkan berpuasa untuk beri masa perut pulih.
  • Elakkan makanan kita alah  kerana alahan akan terukkan kerosakan perut.
  • Ambil suplemen untuk bantu pemulihan perut jika perlu. Bukan produk cuci usus ya.
  • Kurangkan keradangan dan stres badan dengan ambil makanan padat nutrisi, elakkan emosi toksik dan kurangkan pendedahan terhadap bahan kimia sintetik. Semua ini mengganggu kesihatan perut dan badan.

5) Tidur Awal

Lepas isya’ waktu terbaik untuk dapatkan tidur berkualiti yang baik untuk pemulihan kerosakan badan.

Malah paras hormon lapar iaitu ghrelin memuncak pada waktu awal malam ni. Jadi kita kena cepat-cepat tidoq.

 

Bila kita tidur cukup dan berkualiti, ini akan menjaga keseimbangan hormon dalam badan kita.

5) Tingkatkan Kortisol dan Serotonin Pagi

Ini mungkin paling penting yang kita ramai tak sangka ia sangat-sangat penting untuk kesihatan.

  • Dedahkan diri dengan matahari! Matahari pagi akan meningkatkan hormon antiradang iaitu kortisol secara semulajadi. Insha Allah bengkak dan radang serta stres waktu pagi akan kurang lepas kita dedahkan badan kita pada matahari.
  • Karbohidrat dan protein serta sinaran matahari waktu pagi akan meningkatkan hormon kegembiraan iaitu serotonin. Hormon ini bukan sahaja meningkatkan motivasi, malah penting untuk dapatkan tidur yang baik di waktu malam.
  • Menariknya, 90% hormon serotonin ini terletak di sistem pencernaan. Hanya 10% di otak.  Jadi wajib bagi kita pulihkan sistem pencernaan jika rosak.

 

Peliharalah kesihatan perut dengan mengikut fitrah badan kita. Badan kita terutamanya sistem pencernaan jadi lemah untuk berehat dan ini penting untuk pemulihan kerosakan badan di siang hari. Jangan kita bebankan sistem pencernaan  kita dengan makanan yang berat terutamanya kanji degil.

Tidurlah awal..bangun awal pagi dan nikmati sarapan karbohidrat dan protein di bawah sinaran matahari. Insha Allah mood, motivasi serta kecergasan badan akan terpelihara sehingga keesokan harinya. Semoga perkongsian bermanfaat kepada semua dan menjadikan pagi kita lebih ceria dan bersemangat!

Hafiz
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × three =

error: Content is protected !!