fbpx
19 Apr

Kencing Manis : Tak Rasa Sakit Tetapi Merosakkan Jasad?

“Bila kau nak pantang gula ni?”

-“Aku tak rasa apa pun kalau makan semua ni.”

“Kau kan kencing manis.”

-“Bila check darah, memangpun nampak bacaan tinggi. Tapi aku masih rasa normal sihat je.”

Keadaan gula yang tinggi dalam darah (kencing manis) adakalanya mengakibatkan gejala seperti pening dan badan yang tidak bertenaga. Gejala ini, nampak seperti “tidak terlalu menakutkan” sehinggakan ada dalam kalangan pesakit memilih buat endah tak endah dengan apa yang sedang dihidapinya.

Namun, jika dibiarkan berterusan, komplikasi seperti buah pinggang yang rosak, mata menjadi buta dan sakit-sakit saraf boleh berlaku.

Menurut Dr Nor Fadhlina Zakaria, pakar perunding Nefrologi (UPM),  60% daripada mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang adalah berpunca daripada kencing manis (Hafiz Ithnin, 2019). Bagaimana kencing manis boleh menggagalkan fungsi organ yang lain dalam badan?

Sebelum diterangkan lebih lanjut, cuba perhatikan dan fikir-fikirkan tentang betapa halus dan banyaknya salur darah di seluruh tubuh kita

Fikirkan tentang kehalusan saluran darah di jari-jemari kita.

Related image

Fikirkan tentang saluran darah di mata kita

Image result for blood vessels in the eyes Allah

Mari renungi betapa halusnya saluran darah di dalam buah pinggang setiap kita. 1 buah pinggang adalah sebesar penumbuk tangan kita.

Related image

Bayangkan apa yang akan berlaku tatkala molekul-molekul glukosa itu berlegar-legar dalam saluran darah sehingga memasuki “lorong-lorong”  darah paling kecil dalam badan. Hadirnya glukosa dalam saluran darah di buah pinggang, mata dan bahkan di bahagian-bahagian hujung jari-jemari kita dalam jumlah yang berlebihan akan mengakibatkan gangguan sistem pengangkutan darah. Pengaliran darah terganggu, banyak sekatan. Akibatnya organ-organ tersebut rosak kerana sel-sel di bahagian terebut tidak dapat menerima sumber oksigen yang mencukupi. Buah pinggang boleh gagal berfungsi. Mata boleh buta. Sistem saraf boleh terjejas.

Justeru, bagaimana untuk memulihkan keadaan kencing manis ini?

Rujukan :

Hafiz Ithnin. (2019). Kian ramai rosak buah pinggang. Retrieved, 19 April 2019 from https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/03/434647/kian-ramai-rosak-buah-pinggang

Avatar
Dietitian

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × three =

error: Content is protected !!