fbpx
24 Sep

Kenapa Laksa Kena Pantang Lepas Bersalin?

Laksa merupakan makanan popular kegemaran rakyat Malaysia. Namun begitu, makanan ini sering dikaitkan dengan risiko “angin” dan “sakit urat” ketika berpantang selepas bersalin. Benarkah dakwaan ini?

 

Untuk melihat kesan reaksi makanan terhadap badan seseorang, kita perlu melihat dari kedua sudut. Pertama dari segi perubahan fisiologi badan ketika selepas bersalin dan keduanya kandungan bahan makanan itu sendiri yang mungkin menimbulkan reaksi sakit urat dan angin.

 

Perubahan Fisiologi Badan Ketika Mengandung

  • Ketika awal mengandung, badan adalah dalam keadaan tinggi stres kerana organ-organ badan perlu adaptasi kepada perubahan mendadak awal kandungan. Hormon stres iaitu kortisol akan meningkat dan menyebabkan perut menjadi stres dan lebih “bocor”. Sindrom peningkatan kebocoran ini @ leaky gut menyebabkan sistem pencernaan jadi lebih sensitif dan mudah rosak.  Ini juga diterukkan oleh perubahan hormon lain seperti estrogen dan Hcg.

 

  • Sistem pencernaan yang rosak juga menyebabkan badan jadi lebih sensitif. Emosi juga jadi lebih sensitif. Kulit juga jadi lebih sensitif dan mudah gatal-gatal. Tak hairan jika ekzema jadi teruk pada waktu ini. Usus juga lebih sensitif. Loya, muntah-muntah, cirit atau sembelit merupakan simtom biasa “penyakit sensitif” ini atau alah histamin.

 

  • Mujur, uri ibu mengandung mengandungi penawar sensitif badan. Ketika uri membesar, kebiasaanya simtom sensitif seperti morning sickness akan mula berkurang.
  • Namun, selepas uri yang merupakan penawar sensitif dikeluarkan, badan menjadi sensitif kembali. Dalam

 

  • Tempoh selepas bersalin sehingga 6 minggu ini lah digalakkan berpantang mengikut petua orang tua.
  • Kenapa 6 minggu? tempoh purperium ini diperlukan untuk hormon, sistem pencernaan dan fungsi fisiologi badan lain pulih seperti biasa.

ADA APA DENGAN LAKSA?

  • Laksa : Bahan asas laksa ini daripada beras.  Tiada isu kebiasaannya dengan laksa ini dari sudut alahan. malah tiada asas mengatakan laksa memerangkap angin. Namun begitu, sesetengah jenis laksa menambahkan santan ke dalamnya menjadikan laksa menjadi “kanji degil @resistant starch”.

 

  • Kanji degil lebih susah diserap, maka dimakan kuman usus dan menghasilkan banyak gas.Bagi mereka yang mempunyai sistem pencernaan yang lemah, makan kanji degil terutamanya waktu malam boleh mengakibatkan kembung, sakit kepala dan sakit perut seperti radang gastrik pada waktu pagi.

KUAH LAKSA

  • Kuah laksa ni diperbuat daripada ikan-ikan yang selalu dikaitkan alahan seperti ikan kembung dan ikan tongkol. Ikan ini tinggi histamin iaitu bahan penyebab badan jadi sensitif mudah loya, muntah dan simtom “angin” seperti sendawa, kentut, perut berbunyi dan cirit-birit.
  • Lebih lama kuah laksa ini, lebih tinggi kandungan bahan penyebab sensitif.
  • Bagi mereka yang tiada masalah sistem pencernaan, bahan makanan tinggi histamin ini tiada masalah dimakan malah bermanfaat. Namun bagi mereka yang ada masalah sistem pencernaan seperti pesakit alahan, wanita awal mengandung dan selepas bersalin, sebaiknya elakkan makanan tinggi sensitif ini.
  • Maklumat lanjut mengenai alahan ikan ini boleh didapati di sini

BAHAN-BAHAN DALAM LAKSA

  • Cili: Digolongkan dalam kategori keluarga nightshades. Bagi sesetengah orang yang mempunyai dinding lapisan usus yang lemah, cili mungkin menyebabkan risiko keradangan gastrik dan simtom refluks (angin). Ia juga mungkin menyebabkan keradangan sendi dan saraf bagi sesetengah orang.
  • Asam keping: Kesan berlebihan asam ialah loya, muntah, sakit perut dan sakit kepala. Ia dikatakan mungkin kerana kandungan asid hydrocitric (HCA).
  • Timun: Timun mengandungi kandungan salicylate yang tinggi dan mungkin menimbulkan reaksi bagi mereka yang alah.
  • Daun Kesom: Daun ini mempunyai rekod kes alergi dan tidak mustahil sekiranya reaksi muncul terutamanya ketika badan sangat sensitif selepas bersalin.

ANGIN ATAU ALAHAN?

Apa pun aduan reaksi negatif selepas makan laksa oleh wanita selepas bersalin, ia perlu diambil secara serius. Lebih-lebih lagi ia merupakan masalah rungutan biasa turun-temurun yang agak mustahil merupakan mainan perasaan semata-mata.

 

Dalam hal ini, saya sudah persembahkan hujah secara saintifik kenapa bahan di dalam laksa mungkin mendatangkan reaksi bagi sesetengah orang terutamanya wanita selepas bersalin kerana perubahan hormon dan peningkatan sensitif badan. Malah majoriti mereka yang mempunyai gangguan sistem pencernaan kemungkinan akan mengalami reaksi alahan selepas makan laksa..bukan terhad kepada wanita bersalin yang sensitif semata.

 

Semoga penjelasan ini bermanfaat kepada mereka yang berpantang. Mereka yang mempunyai sistem pencernaan sihat boleh mengambil laksa tanpa kerisauan dengan kadar yang sederhana. Jangan lupa ya, kesegaran bahan terutamanya ikan amat penting!

 

Sila kongsikan artikel ini jika bermanfaat..terutamanya kepada wanita baru bersalin 🙂

Hafiz
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik.

    Comments

  1. Avatar
    September 25, 2018

    Thank you for writing this. Our team at The Gentle Birth Project aims to inform the public with this exact kind of information. We want the new generation to appreciate the tradional method of Healthcare by promoting science backed traditions. Our nutritionist studies the reasons why we eat/avoid certain food, and I personally do a lot of personal research on cooling or heaty food definition. I hope to cross path one day and we can share more info with each other.

    Reply
    • Hafiz
      Hafiz
      January 13, 2019

      insha Allah. Ameen

      Reply

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + 7 =

error: Content is protected !!