MASALAH PENYERAPAN NUTRISI

leaky gut penyerapan nutrisi
Rerambut usus yang botak mengurangkan luas permukaan yang penting untuk penyerapan nutrisi makanan

Apabila usus mengalami kerosakan akibat keradangan, penyerapan nutrisi menjadi berkurangan. Leaky gut dan keradangan menyebabkan:

  1. Keradangan pada lapisan perut akan merosakkan sel perut. Sel ini  penting bagi perembesan asid pencernaan yang membantu penyerapan nutrisi makanan.
  2. Asid perut tersangat penting untuk penyerapan zat makanan penting badan seperti zat besi, magnesium, vitamin B12, vitamin D dan kalsium.
  3. Keradangan lapisan usus pula merosakkan lapisan berus (brush border) pada permukaan usus. Pembotakan lapisan berus ini pada permukaan usus seperti penyakit alergi gluten (celiac) mengurangkan penyerapan nutrisi.
  4. Di samping itu, lapisan usus mempunyai enzim pencernaan yang penting untuk pencernaan kanji, protein dan lemak. Keradangan akan mengurangkan enzim-enzim ini maka makanan jadi susah hadam.