MASALAH KESIHATAN MENTAL

Ramai mengaitkan punca masalah mental ialah stres emosi. Benar, namun bebanan stres juga boleh berpunca daripada:

  • Pemakanan tidak toyyib.
  • Bahan toksik persekitaran.
  •  Gangguan malam dan siang.
  • Emosi toksik.
  • Masalah spiritualiti

Semua masalah di atas ini sebenarnya berisiko sebagai punca masalah mental dan “angin sensitif”.

Saraf yang mengawal fungsi dalaman tubuh badan tanpa perlu kawalan secara sedar dipanggil saraf autonomi.

Saraf ini lah yang menyebabkan kita dalam mode relax atau mode stress. Apabila bebanan stres berlebihan, badan kita akan sentiasa dalam mode stres (sympathetic).

Kesannya:

  1. Pencernaan jadi lemah dan rosak kerana air liur dan enzim pencernaan dihalang pengeluarannya. Pergerakan perut juga jadi perlahan maka kita jadi sembelit bila stres.
  2. Degupan jantung jadi laju. Kita akan rasai jantung berdegup kencang (palpitation).
  3. Walaupun salur pernafasan mengembang pada stres singkat ,salur ini jadi bengkak dan sempit sekiranya stres berlarutan jadi kronik.
  4. Organ hati menukarkan glikogen jadi gula sebagai tenaga sewaktu stres. Ini meningkatkan risiko kencing manis.
  5. Badan dalam keadaan berjaga-jaga sentiasa. Ini menyebabkan badan jadi overprotective dan sensitif.

Masalah angin ini bukan sahaja menyebabkan badan jadi sensitif. Malah emosi dan mental juga jadi sensitif. Sebagai contoh ketika kita stres terserempak anjing garang, ini adalah respon stres yang berlaku:

  1. Fikir negatif dan bukan-bukan: pemikiran sebegini adalah protective kerana ia memberitahu badan untuk lawan atau lari daripada anjing itu. Namun jika berlarutan stres, otak kita akan jadi overprotective iaitu sentiasa berada dalam situasi fikiran sebegini.
  2. Kerisauan : Risau itu biasa pada waktu stres. Namun bila stres, otak kita jadi overprotective. Kita sentiasa jadi risau walaupun isu kecil.
  3. Depresi : Stres kronik mengakibatkan mood merudum akibat bebanan stres tidak tertanggung.
  4. Mudah tersinggung dan marah: Emosi jadi sensitif dan mudah reaktif bila dipetik.
  5. Kita jadi lebih obsesif dan kompulsif. Tak terkawal kita terasa perlu sangat buat sesuatu supaya “lengkap” walaupun berulang kali.

Maka apakah penyebab utama gangguan stres dalam badan?

Masyarakat Malaysia ramai berpendapat bahawa ia berpunca daripada “masalah angin”. Masalah berpunca pencernaan rosak ini menyebabkan badan jadi sensitif dan mudah stres.

Benar sekali, banyak kajian saintifik mutakhir ini menunjukkan kaitan rapat antara masalah perut rosak “leaky gut” dengan masalah pencernaan.

Usus radang atau leaky gut menyebabkan keradangan dan risiko gangguan mental mengikut kajian saintifik

Mengapa kawalan bebanan stres kepada sistem pencernaan adalah sangat kritikal?

Ini kerana sistem pencernaan merupakan organ paling luas dalam badan kita. Pencerobohan boleh berlaku pada mana-mana permukaan yang rosak.  Sama ada nutrisi sihat atau bahan toksik membebankan yang kita pilih. Ia memberi perbezaan yang amat ketara kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi.

Malah, sistem pencernaan juga merupakan tempat terletaknya ejen saraf (neurotransmitter) seperti serotonin dan histamin.

  • Serotonin merupakan ejen saraf dan juga hormon kegembiraan. 90% serotonin terletak pada sistem pencernaan. Hanya 10% di otak. Paras serotonin yang sihat juga menghasilkan tidur yang nyenyak.
  • Histamin merupakan ejen saraf penyebab sensitif dan keradangan. Sekiranya sistem pencernaan terjejas, sistem penguraian histamin terganggu menyebabkan histamin jadi banyak dalam badan. Ini menyebabkan badan dan emosi jadi lebih sensitif dan mudah radang.

Rawatan masalah mental secara fitrah memerlukan pemahaman mengenai leaky gut dan alahan histamin. Ini kerana  keduanya merupakan kemungkinan utama punca masalah mental yang berleluasa. Kerosakan dan kelemahan fungsi perut yang membawa kepada masalah angin sensitif. Akhirnya memberi kesan kepada kesihatan mental. Benarlah perut itu punca penyakit.