MASALAH PENCERNAAN

Sistem pencernaan merupakan pusat kawalan utama kesihatan di dalam tubuh. Masalah kepada sistem pencernaan berlaku kerana kita tidak beri keadilan fitrah kepadanya:

  • Mengambil makanan tidak baik (toyyib) untuk badan seperti makanan proses, makanan alah, makanan tercemar toksik dan makanan proses.
  • Makan secara berlebihan.
  • Makan dengan cara gelojoh dan tidak tenteram.
  • Menjebakkan diri berterusan ambil makanan ketagih seperti gula, gluten dan kopi.

Akibatnya, perut dan usus terbeban dengan stres berterusan sejak bertahun-tahun pemakanan yang mencabar fitrah kejadiannya.

Mengikut pengalaman saya sendiri, masalah kerosakan sistem pencernaan ini kebiasaannya terjadi secara beransur-ansur. Ia bermula dengan radang gastrik atau perut jadi sensitif. Bila sensitif, perut mudah pedih. Perut juga sensitif dan mudah cirit-birit setiap kali salah makan. Sesetengah orang jadi sembelit kronik. Ada juga yang menderita masalah kembung.

Kesemua masalah di atas adalah akibat daripada stres dalaman yang mengakibatkan keradangan

Bebanan stres keradangan berterusan mengakibatkan masalah keradangan. Ia  boleh berlaku di sepanjang sistem pencernaan. Antaranya:

    1. Ulser mulut kronik dan berulang. (aphtous)
    2. Radang dan bengkak tonsil berulang.
    3. Reflux Perut (GERD) dan Reflux Esophagus.
    4. Keradangan perut (gastrik) dan esophagus.
    5. Ulser perut/usus.
    6. Hernia mana-mana bahagian usus.
    7. Buasir.
    8. Sindrom Perut Sensitif (IBS)
    9. Penyakit Perut Radang (IBD)
    10. Penyakit kembung perut seperti SIBO.
    11. Kanser.

Masalah di atas ini dapat dicegah malah pulih apabila kita kembalikan fitrah asalnya. Saya merumuskan kaedah PROF (Protokol Fitrah) Redox bagi membantu pemulihan masalah kesihatan kronik anda.