fbpx
11 Oct

Kenapa Makan Jeruk Buah Jadi Sakit?

INFO JERUK BUAH

Jeruk buah merupakan makanan kegemaran ramai terutamanya ibu mengandung. Ini mungkin kerana ia dikatakan mampu menghilangkan loya awal waktu mengandung. Jeruk buah juga merupakan makanan yang tinggi kandungan probiotik, iaitu “kuman baik” yang terhasil daripada proses pemeraman buah ini. Kuman baik yang seimbang di dalam persekitaran usus yang sihat mampu menguatkan imuniti badan dan mencegah masalah metabolik seperti kencing manis dan obesiti.

Namun, mereka yang ada alahan dan wanita hamil yang sensitif perlu berwaspada dengan pengambilan jeruk buah ini.

Jeruk Tradisional Vs Jeruk Komersial

Terdapat banyak kaedah yang digunakan untuk menjerukkan buah. Antara kaedah tradisi yang sering dilakukan di rumah ialah dengan mencampurkan garam, gula dan juga sedikit cuka bagi menguatkan rasa. Gula, garam dan cuka juga bertindak sebagai pengawet semulajadi menghalang kuman bahaya.

 

Di dalam kaedah penjerukan komersial, bahan pengawet sintetik seperti asid sorbik, asid benzoik dan sulfit biasa digunakan untuk mengelakkan pembiakan kuman di dalam penghasilan jeruk.

Secara amnya, jeruk masih mengandungi kandungan nutrisi asal daripada buah yang dijerukkan. Namun begitu, kandungan nutrisi ini mungkin berkurangan dari masa ke masa bergantung kepada kaedah penjerukan dan juga tempoh masa dijerukkan sebelum dimakan. Jeruk mungkin hilang nutrisi lebih cepat ke dalam air jeruk itu sendiri.

 

Bagi jeruk kering pula, kaedah pengeringan di bawah suhu tinggi boleh merosakkan vitamin C yang kurang stabil. Namun begitu, kaedah ini mampu meningkatkan nutrisi lain di dalam jeruk kering terutamanya dengan kaedah moden seperti pengeringan vakum.

Garam Yang Tinggi

2) Sesetengah jeruk juga mengandungi garam yang tinggi. Pengambilan garam berlebihan bukan sahaja dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah malah gangguan imuniti badan juga.

 

 

ISU KESIHATAN BERKAIT JERUK

Gula Tinggi

Terdapat beberapa isu kesihatan yang wajar diberi perhatian bagi mereka yang gemar memakan jeruk secara kerap:

 

1) Jeruk kebanyakannya mengandungi kandungan gula yang sangat-sangat tinggi dan kita mudah leka sehingga makan secara berlebihan. Pengambilan gula yang tinggi mampu menjejaskan kesihatan dan melemahkan imuniti badan. Bagi pesakit kencing manis yang tak terkawal, sebaiknya elakkan dahulu pengambilan jeruk buah tinggi gula.

Baca label dan sebaiknya pilih jeruk buah tanpa gula tambahan.

Alahan Pengawet

3) Sesetengah jeruk mungkin menggunakan pengawet seperti asid sorbik, asik benzoik, atau sulfit lebih daripada kuantiti yang dibenarkan. Terdapat juga sesetengah individu yang mempunyai alergi terhadap bahan pengawet ini. Jika terdapat reaksi negatif selepas memakan jeruk buah tertentu, segeralah mendapatkan bantuan perubatan di klinik berdekatan.

 

 

Alahan Pewarna

4) Sesetengah individu juga mungkin mempunyai alergi terhadap bahan pewarna seperti tartrazin srta  yellow 5 dan 6. Terdapat kajian yang menunjukkan penerukan simtom asma, hyperaktif, gegata dan kerosakan DNA dengan pengambilan berterusan tartrazin. Walaupun kajian masih diperlukan untuk membuktikan kaitan ini, memilih jeruk buah tanpa pewarna sintetik adalah pilihan lebih selamat.

 

 

Kanak-kanak alah pewarna seperti Yellow 5, 6 (pewarna kuning) dikaitkan dengan masalah hiperaktif...cepat marah, stres dan kerap menangis.

Alahan Histamin

5) Jeruk buah merupakan makanan hasil peraman menyebabkan pembiakan banyak kuman. Makan tidak segar ini tinggi kandungan histamin. Histamin di dalam makanan ini mampu memberi reaksi alahan kepada mereka yang kekurangan enzim pencernaan tertentu akibat kerosakan lapisan sistem pencernaan.

 

Alahan histamin ini adalah berbeza dengan alergi kerana ia tidak mencetus reaksi antibodi IgE dan IgG terhadap bahan makanan seperti jeruk. Maka ujian alahan yang mengesan antibodi juga  tidak boleh digunapakai dalam kes alahan histamin ini.

 

 

Antara kesan alahan histamin ialah seperti gegata, bengkak salur pernafasan, bersin dan hidung berair, asma, migrain dan simtom pencernaan seperti loya, sakit perut, gas dan cirit birit.

 

Apa pun, keterukan simtom ini juga bergantung kepada kuantiti histamin di dalam makanan dan juga tahap toleransi sistem pencernaan badan seseorang terhadap makanan tinggi histamin ini.

Gegata dan ekzema dikaitkan dengan histamin berlebihan pada kulit.

Risiko Pencemaran Plumbum?

6)Baru-baru ini, negara dikejutkan oleh pendedahan paras plumbum berbahaya kepada kesihatan di dalam jeruk kering tertentu daripada China. Mujurlah kementerian kesihatan menjelaskan jeruk ini tidak diimport ke Malaysia. Apakah kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang bahan toksik plumbum ini kepada kesihatan?

 

Saya akan jelaskan risiko pendedahan plumbum didalam jeruk buah ini dalam post seterusnya.

Boleh Makan Tak Jeruk ni?

Kesimpulannya, tiada masalah bagi seseorang yang sihat untuk makan jeruk terutamanya mereka yang tidak mempunyai alergi dan alahan kepada jeruk. Pilihlah jeruk yang lebih sihat iaitu, jeruk buah warisan tradisi yang menggunakan bahan semulajadi dan lebih selamat.

Jeruk yang terbaik sudah tentu ialah jeruk yang dibuat sendiri kerana  lebih selamat dan boleh dimakan tanpa was-was. Pilihlah makanan yang toyyib demi menjamin kesihatan diri dan keluarga insha Allah 🙂

 

Bagi yang mempunyai keluarga alahan, ketahui apa itu alahan histamin. Pulihkanlah sistem pencernaan supaya kita dapat menikmati jeruk toyyib yang boleh menyihatkan lagi badan kita. Sertai group Pulih dan Sihat Keluarga Histamin di Telegram bagi mengetahui lebih lanjut mengenai masalah alahan anda.

Hafiz
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × four =

error: Content is protected !!