fbpx

Salam, Saya Hafiz

Dunia moden yang kian mencabar memerlukan penjagaan kesihatan yang lebih individualistik dan pro-aktif.

Kesihatan bukan lagi di tangan perawat dan pakar-pakar kesihatan.

Mereka hanya memberi panduan dan syor supaya anda…ya supaya KITA membuat PILIHAN DIMAKLUM (informed consent).

Saya bertanggungjawab memberi info tanpa bias sehingga ke peringkat molekular dan functional..kenapa kita sakit dan bagaimana untuk pulih.

Supaya kita membuat pilihan yang dimaklumkan @ Informed consent.

Membuka ruang paradigma baru perubatan tanpa sempadan.. pilihan secara semulajadi dan saintifik.

Insha Allah dengan ikhtiar dan doa..segala kesembuhan adalah dariNya.

Wallahua’lam.

10Tahun Pengalaman
250Klien Melebihi
120Artikel Kesihatan

PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN

Hafiz Sullaiman, MBBS (IIUM) merupakan graduan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan. Beliau mendapati praktis perawataan perubatan moden beliau kekurangan daripada segi pengetahuan yang mendalam mengenai pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Oleh kerana kesibukan bekerja di hospital, pemakanan yang tidak menentu dan gaya hidup yang kurang sihat, beliau disedarkan apabila menderita “sakit kronik” pada usia akhir 20an. Dengan tekad untuk berubah dan dipandu oleh ayahnya Dr Sulaiman Abdullah, seorang pengamal perubatan holistik… Hafiz mula mempelajari seni sains perubatan holistik dan perubatan functional dan pulih daripada sakit kronik yang dialaminya.

Beliau mula menyertai pelbagai latihan perubatan holistik seperti perubat

an antipenuaan, estetik, terapi regeneratif (terapi stem sel) serta perubatan functional melalui persatuan-persatuan perubatan seperti:

  • PERDIM ( Persatuan Doktor-doktor Perubatan Islam Malaysia)

 

  • SAHAMM (Society for the Advancement of Hormones and Healthy Ageing Malaysia)

 

 

  • SAAARM (Society for Anti-Aging, Aesthetic 

and Regenerative Medicine Malaysia)

 

  • INMA (India Nutritional Medical Association)

 

  • TESMA (Tissue Engineering and Regenerative Medicine Society of Malaysia )

 

 

Beliau mula menanam minat sejak 5 tahun lepas di dalam perawatan ekzema dan alahan secara semulajadi. Beliau mencipta protokol kaedah pemakanan untuk pesakit ekzema. Di samping itu beliau juga mempunyai beberapa produk formulasi beliau sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman beliau di dalam perubatan nutrisi dan perubatan functional.

Hafiz mempunyai FB personal dengan 60ribu follower dan group FB Protokol Redoxamin dengan 14ribu penyertaan.  Buat masa sekarang, fokus beliau ialah praktis beliau di Shah Alam serta ceramah dan program kesihatan awam seperti ceramah dan kempen kesihatan di badan korporat, kerajaan dan juga awam.

Terapi dan Nutrisi untuk Penyakit Kronik

100%

Terapi Ekzema Secara Semulajadi

95%

Terapi Regeneratif Merawat Sendi dan Urat

80%

Terapi GERD & Kesihatan Mental

70%

Autoimuniti dan Kesihatan Sistem Pencernaan

70%

Certificate

Take a look at my certificates