Penyakit Autoimun

Secara fitrahnya, sistem pertahanan badan tidak menyerang selain daripada bahan asing dari luar badan. Dalam penyakit autoimun, sistem pertahanan badan menyerang sel badan sendiri menggunakan autoantibodi. Autoantibodi ini menyerang bahagian badan seperti kulit, saraf dan sendi yang dianggap asing bagi sistem pertahanan badan.

Sains perubatan moden masih keliru akan punca kenapa autoantibodi ini menyerang badan sendiri. Kajian saintifik terbaru bagaimanapun mencadangkan kebocoran usus @ leaky gut sebagai punca masalah autoimun ini. Usus kecil biasanya membenarkan makanan sudah hadam yang kecil sahaja melaluinya.

Apabila berlaku leaky gut, bahan toksik, makanan tidak hadam, ubat-ubatan dan kuman yang besar dapat melepasi  benteng pertahanan usus dengan mudah.

Leaky gut menyebabkan bahan asing mencerobohi benteng pertahanan usus seterus masuk ke dalam salur darah.

Bahan asing daripada rongga usus yang masuk ke dalam salur darah mencetuskan imuniti badan seperti antibodi untuk melawan makhluk asing ini. Antibodi dan makhluk asing yang bertempur ini membentuk “immune complex”.

Immune complex ini akan terdampar  di dalam tisu dan organ badan serta merosakkannya. Immune complex ini merupakan karakter utama dalam kerosakan autoimun oleh penyakit seperti SLE, rheumatoid arthritis, skleroderma dan Sindrom Sjögren’s