fbpx
01 Nov

Apa Itu Referred Pain? Kenapa Penting Kita Tahu Akibatnya.

Sakit di bahu dan belikat. Kadang-kadang rasa sakit dan lenguh belakang dan bahu.Tahukah anda..sakit ini boleh berpunca daripada tempat radang gastrik..di bahagian perut?

Iya, benar…punca di perut, sakitnya di tempat lain.

Ini lah yang dinamakan “referred pain”. Sakit yang dirujuk ke tempat lain daripada punca asal kerosakan.

Kenapa penting untuk kita ambil maklum? Terdapat banyak kes sakit yang serius memerlukan rawatan kecemasan. Tapi sakitnya di tempat lain!

Kenapa berlaku referred pain? Ini adalah kerana saraf badan kita mungkin bersambung dengan kawasan yang agak jauh. Jika puncanya sama, sakit yang sama dirasai saraf jauh ini.

Kita jadi confuse. Oleh sebab itu, jika kita mengalami sakit di kawasan begini, bertindak cepat. Dapatkan pemeriksaan doktor berdekatan untuk kepastian.

Antara fenomena referred pain yang biasa:

1. Sakit Jantung

Sangkaan paling bahaya ialah jika diserang sakit di bahagian ulu hati, kawasan biasa gastrik. Iya, benar.. Terdapat kes masalah jantung yang sakitnya di bahagian ulu hati!

Selain sakit dada bahagian kiri, masalah jantung juga boleh menyebabkan kebas dan sakit di kawasan rahang serta tangan kiri.

2. Sakit Radang Gastrik

Selalu sangat orang ada masalah perut akan mengadu sakit di bahagian agak jauh. Sakit tengah belakang, sakit dan lenguh di bahagian bahu. Ada juga sakit di bahagian tulang belikat.

Paling ngeri ialah terdapat kes perut berlubang (perforated) disebabkan ulser. Tapi sakitnya di bahu! Hah?

3. Sakit Organ Hati, Pankreas dan Hempedu

Masalah organ hati, hempedu dan organ pankreas sakit biasanya bawah rusuk.

Organ ini berdekatan dengan perut. Sakit organ-organ ini juga boleh dirasai di bahagian ulu hati atau sakit belakang. Jadi tak hairan jika penderita masalah organ-organ ini juga salah anggap dirinya ada masalah perut..Sakit gastrik saja kita fikir.  bahaya kan?

4. Sakit Batu Karang Buah Pinggang atau Salur Kencing Ureter

Masalah buah pinggang jarang sebabkan kita sakit bahagian pinggang. Namun lokasi sakit biasa ialah bahagian tepi dan sakit bawah belakang pinggang.

Namun, jika kita ada batu karang buah pinggang atau sepanjang salur kencing, kita mungkin mengalami sakit “loin to groin” pain…Iaitu sakit daripada belakang pinggang ke sarung testis di bahagian depan kemaluan.

1) "Brain Freeze"

Brain freeze ialah sejenis kesakitan paling kurang menakutkan berbanding empat di atas. Makan aiskrim sejuk laju-laju akan akibatkan suhu mulut dan tekak  turun mendadak. Ini mengakibatkan rujukan sakit melalui saraf vagus ke bahagian otak dan belakang kepala.

Ia tidak bahaya..cuma beri signal kepada kita supaya jangan laju sangat bila makan ais krim ye.

Referred pain ini merupakan suatu kondisi yang tidak boleh kita agak-agak. Ia mungkin tidak seteruk yang kita sangkakan…Mungkin juga kecemasan yang sesetengah orang ambil ringan sehingga sudah terlambat.

Pokoknya..Ia memerlukan kemahiran pemeriksaan oleh doktor perubatan. Berubat lah sebelum terlambat.

Hafiz
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + one =

error: Content is protected !!