fbpx
21 Oct

Bahaya Sabun Antibakteria?Tips Pemilihan Sabun Untuk Kulit Ekzema Dan Sensitif

Pada abad ke-20, jangkitan kuman menjadi satu ketakutan kepada masyarakat kerana ia berupaya membawa maut. Syukur kerana terciptanya ubatan antibiotik membunuh kuman bakteria pembawa penyakit. Namun begitu, adakah sabun dan pencuci antibakteria ini mampu membunuh kuman seperti yang diwar-warkan?

Hakikatnya, sabun antibakteria di pasaran bukanlah sejenis antibiotik. Menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA), tiada bukti saintifik kukuh menunjukkan sabun ini lebih berkesan berbanding air dan sabun biasa.

Apa Itu Sabun Antibakteria?

Sabun antibakteria mempunyai bahan kimia khusus untuk membunuh kuman. Antara yang bahan biasa digunakan ialah:

  1. Chloroxylenol
  2. Benzalkonium chloride
  3. Benzethonium chloride
  4. Triclosan
  5. Cloflucarban
  6. Fluorosalan
  7. Hexachlorophene
  8. Hexylresorcinol
  9. Iodine complex (ammonium ether sulfate and polyoxyethylene sorbitan monolaurate)
  10. Iodine complex (phosphate ester of alkylaryloxy polyethylene glycol)
  11. Nonylphenoxypoly (ethyleneoxy) ethanoliodine
  12. Poloxamer-iodine complex
  13. Povidone-iodine 5 to 10 percent
  14. Undecoylium chloride iodine complex
  15. Methylbenzethonium chloride
  16. Phenol (greater than 1.5 percent)
  17. Phenol (less than 1.5 percent) 16
  18. Secondary amyltricresols
  19. Sodium oxychlorosene
  20. Tribromsalan
  21. Triclocarban
  22. Triple dye

Pada tahun 2016, US FDA telah mengharamkan penggunaan kesemua bahan di atas kecuali 3 bahan terawal. Chloroxylenol, benzalkonium chloride dan benzethonium chloride masih menunggu data keberkesanan dan keselamatan daripada pihak pengeluar.

Masih ada lagi sabun dan krim di pasaran di Malaysia menggunakan bahan antibakteria triclosan ini. Mengapa penggunaan bahan antibakteria seperti triclosan ini bahaya?

  1. Penggunaan bahan kimia antibakteria seperti triclosan ini dikaitkan dengan rintangan antibiotik. Maksudnya, ia menyebabkan bakteria pembawa penyakit  menjadi lebih kuat dan tahan daripada antibiotik.
  2. Bahan kimia triclosan ini juga mengganggu hormon badan manusia.
  3. Terdapat sesetengah individu mendapat ruam dengan penggunaan bahan kimia antibakteria. Lebih teruk, ada yang alergi teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
  4. Triclosan berisiko mengganggu hormon tiroid.
  5. Triclosan juga berisiko toksik pada organ hati dan buah pinggang.
  6.  Kajian tikus terhadap triclosan mendapati ia merencatkan perkembangan saraf ketika dalam kandungan.

Bahan kimia triclosan ini juga mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam darah dengan mudah. Kajian di US menunjukkan 75% air kencing subjek kajian mengandungi triclosan ini. Malah triclosan juga ditemui di dalam susu ibu.

Triclosan merupakan bahan aktif biasa dalam sabun antibakteria

Sabun antibakteria bukan sahaja tidak berkesan, tetapi merosakkan kulit dan organ tubuh badan. Malah ia juga mencemarkan alam.

Jadi nak guna sabun apa yang sesuai?

Tips Pemilihan Sabun Untuk Kulit Ekzema dan Sensitif

  1. Guna sabun biasa tanpa bahan antibakteria. Sebenarnya bahan antibakteria ini juga bunuh kuman baik asal yang kuatkan dan lindungi kulit.
  2. Bagi penderita penyakit ekzema yang mudah terkena jangkitan, dapatkan nasihat doktor untuk antibiotik sapuan yang sesuai dan efektif.
  3. Biasa juga bagi sabun antibakteria mempunyai pH tinggi (alkali kuat) untuk membunuh kuman. Pilih sabun dengan pH fitrah kulit iaitu sekitar 4.5-5.5
  4. Jika mampu gunakan bahan semulajadi atau lebih baik lagi sabun organik.
  5. Lotion water based juga boleh digunakan sebagai pencuci kotoran pada kulit sensitif. Pastikan lotion menggunakan bahan selamat.
  6. Apa yang lebih penting, pastikan membasuh tangan dengan kerap jika tiada masalah kulit sensitif.
  7. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif seperti ekzema dan psoriasis, pakai sarung tangan ketika mencuci. Ini kerana, pencegahan adalah lebih baik daripada kerap mencuci dan menggunakan sabun.

Kesihatan kulit dan tubuh badan sedikit sebanyak dipengaruhi penggunaan jagaan harian kita ini. Kita kembalikan fitrah badan dengan minimakan pendedahan terhadap bahan toksik. Insha Allah ia adalah ikhtiar yang baik demi kesejahteraan hidup.

Hafiz
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen − two =

error: Content is protected !!