fbpx
13 Nov

Sindrom Usus Sensitif (IBS) Bahagian 1

Sangat-sangat ramai penderita masalah usus sensitif ini di Malaysia namun ramai tidak sedar atau tidak memberi perhatian kepada masalah yang secara senyap perlahan-lahan merosakkan kesihatan ini.Ia bukan sahaja membebankan fizikal, tetapi juga emosi dan mental!

 

Kajian Tan YM et al (2003) menganggarkan penyakit Irritable  Bowel Sindrom (IBS) @ Sindrom Usus Sensitif ini dideritai oleh 15.8% orang muda di Malaysia dengan 77.4% jenis sembelit. Di Amerika Syarikat, sindrom ini menjejaskan kualiti hidup 25juta hingga 45 juta orang.

 

Penderita sindrom sensitif usus ini mengalami simtom seperti:

  • Sakit dan kejang usus.
  • Gas sendawa dan kentut
  • Kembung perut.
  • Loya
  • Sembelit (IBS-C) & CC( sembelit kronik) , cirit (IBS-D) atau keduanya sekali (IBS-M).
  • Kekurangan penyerapan zat penting menyebabkan penyakit : anemia, kekejangan, masalah saraf dan kekurangan tenaga.
  • Kenaikan atau kekurangan mendadak berat badan.
  • Dalam kes yang jarang, usus tersumbat.

FAKTOR PENYUMBANG

  • Genetik yang diwarisi keluarga.
  • Pergerakan berlebihan dan usus sensitive.
  • Alahan makanan.
  • Keradangan usus.
  • Jangkitan kuman usus.
  • Ketidakseimbangan hidupan usus.
  • Emosi toksik – tekanan perasaan, risau, dendam, marah dll.
Masalah gangguan keseimbangan hidupan usus seperti dysbiosis, SIBO, kecancingan dan pembiakan pesat kulat candida albicans menerukkan simtom sensitif usus.

FAKTA PENYAKIT IBS

 

  • Dideritai ramai di akhir remaja sehingga awal 40an.
  • Wanita lebih berisiko, kemungkinan kerana faktor hormon.
  • Tiada ujian makmal yang boleh mengesahkan atau mengecualikan penyakit ini.
  • Penderita serius sindrom ini jadi takut nak makan, kerana khuatir mencetus simtom.
  • Tidak menyebabkan kematian tetapi menyebabkan gangguan kualiti hidup.
  • Penyakit ini dikaitkan dengan peningkatan ponteng sekolah, tuang kerja dan kekerapan berjumpa doktor di klinik.
  • Gangguan mental dan emosi boleh jadi sangat teruk dan mengakibatkan penyakit kerisauan, depresi major atau menimbulkan idea bunuh diri.

RAWATAN PERUBATAN

Tiada rawatan mampu menyembuhkan IBS mengikut perubatan moden. Masalah ini hanya boleh dikawal dengan rawatan.

Ubatan digunakan untuk mengurangkan simtom.

  • Antispasmodik dan antikolinergik : Mengurangkan kekejangan usus dan cirit-birit.
  • Laksatif: Membantu pembuangan najis. Elakkan lactulose kerana risiko mengaktifkan usus dan meningkatkan gas.
  • Serotonin : Ubatan pro serotonin membantu IBS-sembelit kronik,
  • Ubat anti-serotonin membantu IBS-cirit.
  • Ubata anti depresi dan anti kerisauan mungkin membantu pesakit IBS mengikut kajian.

 

  • Probiotik terutama daripada strain LPPV-299 dalam kajian membantu mengurangkan simtom IBS ini.
  • Elakkan pengambilan antibiotik secara kerap terutamanya tanpa preskripsi kerana, pengambilan antibiotik mengganggu keseimbangan hidupan usus dan menerukkan simtom IBS.
  • Pengambilan serat mempunyai pendapat yang bercampur. Ada pendapat yang mengesyorkan ada yang tidak menggalakkan serat terutamanya serat tidak larut. Psyllum husk bagaimanapun merupakan saranan yang disetujui ramai untuk masalah sembelit..
Psyllum husk menyerap air dan berkembang membentuk gel. Ini memudahkan dan melicinkan perjalanan keluar najis.
Salah satu jenama dengan strain yang sesuai untuk pesakit IBS. Secara peribadi, saya pernah cuba dan tiada kesan perubahan ketara usus saya masih sensitif. Strain plantarum ini juga membantu menguraikan histamin.

Anda menderita masalah usus sensitif? tentu anda tertanya apakah pantang larang menghadapi penyakit ini terutamanya dari sudut pemakanan bukan?

Pemakanan adalah sangat-sangat penting untuk pemulihan simtom IBS.

Saya akan terangkan secara terperinci pada artikel seterusnya..kajian saintifik berkait pemakanan untuk pesakit IBS. 

Kaitan histamin dan bagaimana pemulihan usus mungkin membantu pemulihan masalah usus sensitif ini. Insha Allah.

 

Semoga artikel ini bermanfaat bagi yang menderita masalah usus sensitif ini. Ikuti perbincangan lanjut bagaimana memulihkan masalah usus sensitif di group FB :

Protokol Redoxamin – Pulih Ekzema dan Alahan

https://www.facebook.com/groups/1666985413314520/

 

Penderita IBS, IBD, SIBO dan GERD mungkin tergolong dalam keluarga histamin. Sertai channel keluarga histamin dan alahan  saya di channel telegram :

https://t.me/pulih_ekzema_byhafizsulaiman

 

Semoga bermanfaat. Moga Allah mudahkan segala urusan dan kurangkan penderitaan pesakit masalah usus sensitif ini. Ameen.

Mohon kongsikan demi kesedaran masyarakat kita mengenai masalah usus sensitif yang makin berleluasa di zaman moden ini.

Hafiz
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen + sixteen =

error: Content is protected !!