fbpx
07 Oct

5 Tips Memilih Vitamin C Terbaik

Vitamin C yang baik mampu memberi manfaat yang sangat banyak kepada kesihatan badan kita. Namun kita perlu berhati-hati dalam membuat pilihan kerana terdapat banyak vitamin C di pasaran yang bukan sahaja tidak berkhasiat malah mungkin memudaratkan.

1 – Elakkan Vitamin C Mengandungi Gula Yang Tinggi

Vitamin C memasuki sel badan melalui jalan yang sama dilalui oleh gula. Maka pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan penyerapan vitamin C ke dalam sel badan.

Malah, mungkin vitamin C itu habis digunakan untuk meneutralkan kesan radikal bebas yang dihasilkan oleh gula.

Ruginya!

Jangan terkejut jika kita perhatikan, banyak vitamin C untuk kanak-kanak di pasaran lebih tinggi kandungan gula berbanding vitamin C di dalamnya.

Vitamin C : 60mg, kandungan gula 3000mg. 50 kali ganda gula berbanding vitamin C!

2 – Sebaiknya Pilih Vitamin C Tanpa Pemanis Tiruan.

Jika vitamin c dilabel sebagai “sugar free” tetapi masih berasa manis, kemungkinan besar pemanis sintetik atau stevia ditambah padanya.

Stevia merupakan pemanis semulajadi yang lebih selamat. Pemanis tiruan seperti aspartam dan sakarindikaitkan dengan pelbagai kontroversi antaranya menyebabkan kanser, gangguan metabolik (kencing manis) dan obesiti.

Pemanis seperti aspartam juga boleh menyebabkan komplikasi negatif bagi mereka yang mempunyai masalah phenylketonuria.

Pemanis sukralose dikaitkan dengan gangguan hidupan persekitaran usus dan berpotensi menyebabkan masalah sistem pencernaan seperti loya, kembung dan sakit perut.

 

3- Pastikan Vitamin C Tidak Mengandungi Aditif Yang Banyak

Aditif yang banyak seperti pewarna, perisa, pengawet tambahan mungkin boleh mendatangkan reaksi negatif terutamanya kepada individu yang sensitif.

 

Elakkan terutamanya vitamin C dengan pengawet benzoate. Kajian saintifik menunjukkan ia berpotensi menghasilkan bahan kanser iaitu benzene. Malah gabungan vitamin C dan benzoate juga didapati  mengganggu sistem pembiakan lelaki mengikut kajian ke atas tikus.

4- Jangan Makan Vitamin C yang Sudah Bertukar Warna

Vitamin C yang lama terdedah atau sudah luput tarikhnnya bertukar warna asalnya kepada warna keperangan . Ia mungkin tidak lagi bermanfaat untuk dimakan kerana vitamin C di dalamnya sudah teroksida.

5 – Pastikan Kita Memilih Jenis VItamin C yang Serasi Dengan Kita.

Terdapat beberapa jenis vitamin C di pasaran iaitu asid askorbik, garam askorbat dan juga vitamin C semulajadi.

Garam askorbat mengandungi mineral yang bercantum dengan ion vitamin C, maka perhatian perlu diberi kepada jenis mineral ini kerana mungkin mendatangkan masalah kepada sesetengah individu.

Asid askorbik dan vitamin C semulajadi juga masing-masing mempunyai ciri positif dan negatif yang tersendiri yang akan saya jelaskan di dalam FB  saya LIVE

  • Tarikh : 8 Oktober 2018
  • Waktu : 9 malam.

Sila set notifikasi supaya tidak ketinggalan informasi jarang ini. Saya tidak sabar untuk berinteraksi dengan kalian mengenai topik kegemaran saya ini!

Pilihlah vitamin C yang lebih toyyib kerana ia lebih selamat dan lebih bermanfaat kepada kesihatan badan kita insha Allah.

 

Jangan lupa untuk menyertai Facebook live saya esok ya mengenai topik vitamin C ini.

 

Hafiz
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

five × one =

error: Content is protected !!